Pages

Jan 17, 2013

Garisan Rentakku

  Mungkin sebagai bingkisan dari petikan yang lalu. Muzik merupakan nada beralun yang digunakan sejak berabad lamanya sebagai alat dalam mewarnai emosi, bagiku muzik juga merupakan isyarat bermesej atau komunikasi yang paling mudah untuk diserap masuk ke dalam diri seseorang, sekiranya ia benar-benar kena pada frekuensi manusia pada ketika itu, situasi itu, emosi itu ataupun mana-mana pemboleh ubah yang lain. Muzik adalah terapi dan sesuai digunakan untuk mengubah mod seseorang dan berkebolehan dalam memanapulasi seseorang dari segi psikologinya.

  Apa kaitan aku dengan muzik, bagaimana penerimaanku dan pandanganku pada muzik ,dimanakah kedudukan muzik dalam hidup aku. Sejarahku dengan muzik tidaklah begitu epik tetapi sekadar biasa-biasa saja,sekadar berkongsi.. kalau mengikut salsiah keturunan aku Abah aku dan Abg Gee (abang saudara) pernah juga ada sedikit terlibat melalui band mereka sendiri ( salah satu zaman Battle of the Band). Pak aku lebih kepada gitaris dan mungkin vokalis manakala abg gee drummer bagi geng masing.

  Aku turut juga pernah berekspermentasi dalam benda bernada ini pada suatu ketika dulu, sejarah lama yang penuh warna dan garisan takdirnya tersendiri. Aku pernah menyanyikan sebuah lagu rekaanku sendiri secara spontan dihadapan seorang anak gadis budak perempuan berjiran denganku ketika aku Darjah 2, dengan wajah yang riang dan terkija-kija..  jika diingat teramat memalukan akan apa yang aku lontarkan ketika, meremang bulu roma ku jika diingat sekarang..
masihku ingat lagi tajuknya..
Tidaklah berunsur romantika tetapi lebih kepada lagu pop/balada pada zaman ketika itu atau boleh disamakan dengan dendangan Anuar Zain dan Rem.


  Aku pernah menyampaikan sebuah puisiku sendiri (ble kait dengan muzik?) dihadapan beratus orang pelajar yang pada ketika itu diriku terasa seperti ada seorang yang berbadan besar dan kuat datang mengoncang pentas hingga bergegar seluruh sosok tubuhku ketika itu. Aku kuatkan diri cuba menghabiskan rangkap demi rangkap dengan berbekalkan tips "angap ja suma orang kat depan hang tu pakai spender (cawat) ja" dan "angap ja depa suma tu bodoh", yang padaku tidaklah berkesan sekalipun.. Sigh..

Bersambung..

3 comments:

Adi Herman said...

"anggap ja depa suma tu bodoh"

Aku pun dah cuba kaedah ni,memang fail habis la...

Kaboi Tanduk said...

kalau Dale Carnegie, dia suruh kita jadi macam stokin lusuh.. yang tu sempoi.. haha

Fex Darwish said...

Adi Herman,

merah muka atas pentas sapa tau... hehe

Kaboi Tanduk,

Masih x pham logiknya.. haha