Pages

Nov 4, 2016

Belum Ada Judul


Cover Belum Ada Judul - Iwan Fals

Pernah juga aku melawat Abg Meor dua tahun dulu. Kebetulan setelah selesai urusan di Putrajaya aku singgah ke KL Sentral. Memang pun aku rancang untuk membeli beberapa karya Abg Meor. Pada waktu tu, Abg Meor baru la jugak keluarkan album terbaru, album Redup. Dia memang mudah untuk diajak berbual. Abg Meor bertanyakan keadaan di Pulau Pinang dan kami juga berbual sedikit tentang Iwan Fals. Sempat jugak aku buat permintaan lagu. Aku minta tujukan cover Iwan Falls, tajuk lagu terserahlah. Maka lagu Belum Ada Judul yang dipilih.

Cover Wonderful Tonight - Eric Clapton

Web Rasmi Abg Meor

Jun 17, 2016

Pink Floyd Discovery Boxset,"Penemuan" yang dinanti.

Baru saja menerima barang hangat minggu lepas, hasil daripada pembelian melalui Facebook. Setelah 6 tahun menunggu sejak mula dirilis semula pada 26 September 2011 melalui Kempen Why Pink Floyd...?. Walaupun terlambat "Penemuan" ini adalah antara habuan terbaik bagi tahun 2016.

Pink Floyd : Discovery Boxset
Sememangnya pembelian terus kepada individu melalui internet ini agak baru bagi aku, tambahan pula sekiranya individu tersebut belum dikenali potensi kejujuran dan mesra pembeli. Memerlukan sedikit masa untuk selidik kaedah jualan dan jaminan mereka. Melainkan sekiranya pembelian langsung kepada hos seperti Amazon yang lebih terjamin. (tapi lambat gila barang nak sampai)

Berbalik kepada "Penemuan" ini, memang memerlukan banyak penelitian yang perlu dilakukan supaya produk yang aku terima ini adalah tulen. Proses kenal pasti menjadi lebih sukar kerana pembelian hanya dilakukan melalui perbualan dalam Facebook Messenger. Tambahan bukti-bukti ketulenan cuma boleh disahkan hanya melalui gambar. Kalau dibandingkan dengan kaedah COD atau langsung ke kedai, semestinya pembelekan akan dilakukan dengan serta merta. Apa yang boleh aku buat adalah dengan menyemak semula segala perincian terbitan keluaran dimana ianya seharusnya sama dengan perincian pada produk rasmi Pink Floyd.

  


Perincian terbitan pada belakang kotak.
60 muka surat santapan mata dan minda oleh
Storm Thorgerson
 
Isi kandungan buku.

Label pada belakang album.
Kod identifikasi DIDP & DIDX 

Pink Floyd : Discovery ini adalah kumpulan 14 album lengkap kumpulan Pink Floyd termasuk More, Ummagumma dan Obscured by Clouds. Sebelum rilisnya album ke 15, The Endless River selepas 3 tahun. Boxset ini adalah keluaran U.S. Produk ini bukan baru dan telah diguna, tapi masih bagus seperti baru. Setelah diteliti puas, segala kelihatan sepertinya tulen. Lazimnya keluaran China kelihatan jelas kurang kualiti fisikalnya.Kualiti bunyi pula memang memuaskan. Bahkan kalau ada produk tiruan seperti ini, ianya berjaya meniru produk tulen bulat-bulat.

  Kaedah mengenal pasti ketulenan boxset:-

 

(boxset diatas adalah keluaran U.K, perincian hampir sama)

atau
 boleh semak dibawah untuk mengenal pasti ciri-ciri keluaran Pink Floyd yang rasmi

Terima Kasih Kepada Penjual

P.s: Sedang menantikan A Moon Shaped Pool

Apr 19, 2016

Ulasan Filem : Ada Apa Dengan Cinta

132. Tapi Chairil malam itu sudah berada jauh di luar kamarnya. Dia berjalan di atas pasir putih di sebuah bukit yang landai. Bulan bersinar lembut dia atas kepalanya seolah rendah sekali. Dia di bawah bukit landai itu jadi nampak buih-buih putih dari ombak yang mendeburi pantai.

Chairil berjalan menuruni bukit itu ke arah pantai. Keadaanya lebih parah dari ketika dia masih melawan maut di dalam kamarnya. Tapi dia berjalan itu sambil tersenyum memandang ke dekat sekali di depannya, seolah dia tidak sendiri. Seolah Ida berada di sana dan berjalan agak beriringan di sebelah depannya. Chairil yang berjalan tersenyum ini sekali-sekali bahkan seolah bicara :

"Bukan maksudku mau berbagi nasib,
     nasib adalah kesunyian masing-masing.."

Ini adalah petikan buku oleh Sjuman Djaya , seorang pengkarya sutradara filem indonesia. Buku yang bertajuk Aku ini adalah diinspirasikan perjalanan hidup dan karya penyair lagenda Indonesia, Chairil Anwar. Bermula dari kehidupannya bersama nenek dan ibunya, pengolakkan ketika menjadi pemuda liar, di masa pemerintahan jepun, kisah cinta ketika dewasa sehinggalah disaat gering diserang penyakit TB.

Adegan-adegan filem yang di dalam senario ini tidak sempat direalisasikan oleh penulis, Niatnya untuk mewariskan semangat penyair Chairill Anwar untuk difilemkan belum pernah tercapai.
Buku ini memuat skenario perjalanan hidup penyair Chairil Anwar, mulai dari masa-masa kecilnya bersama nenek dan ibunya, ketika beranjak menjadi pemuda liar, dan masa di mana ia sempat angkat senjata untuk berjuang melawan penjajah, hingga pembuktian kedewasaannya melalui kisah cinta romantis bersama wanita-wanita yang pernah hidup dengannya. Begitupun ketika TBC merenggut nyawanya.

Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/kinanti0205/aku-berdasarkan-perjalanan-hidup-dan-karya-penyair-chairil-anwar_55006d15813311501afa7641

Sebenarnya agak payah mencari buku ini pada tahun-tahun dahulu, melainkan buku sajak Chairil Anwar iaitu Aku Binatang Jalang. Malahan buku ini juga telah dijadikan sumber rujukan sastera dari peringkat sekolah di Indonesia.

 
"Kulari ke hutan kemudian menyanyiku

  Kulari ke pantai kemudian teriakku
  Sepi… sepi dan sendiri aku benci
  Ingin bingar aku mau di pasar
  Bosan aku dengan penat
  Enyah saja engkau pekat
  Seperti berjelaga jika kusendiri
  Pecahkan saja gelasnya biar ramai
  Biar mengaduh sampai gaduh
  Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
  Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
  Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai.."

Hampir kesemua sajak yang didendangkan dalam filem ini  ditulis oleh Rako Prijanto. Malahan berkemungkinan besar dia juga akan dijemput membentukkan sajak bagi filem AADC 2. Kata-kata sajak di atas berjaya memberi kesan emosi, dihayati pula  melalui lantunan sajak oleh Cinta (Dian Sastrowardoyo) dan musik latar oleh vokalis band Bunga iaitu Anda Perdana, sebuah kumpulan kugiran yang diasaskan bersama dengan arwah anak Iwan Falls iaitu Galang Rambu Anarki.



Tentang Seseorang - Anda (Bunga)

Teruntukmu hatiku
Inginku bersuara
Merangkai semua tanya
Imaji yang terlintas
Berjalan pada satu
Tanya slalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih

Kepada yang tercinta
Inginnya ku mengeluh
Semua resah di diri
Mencari jawab pasti

Akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku

Cinta hanyalah cinta
Hidup dan mati untukmu
Mungkinkah semua tanya
Kau yang jawab

Dan tentang seseorang
Itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta


Di Balik Layar AADC



P.s : Ulasan ini memang terlambat... Sigh

Jun 25, 2015

NAKHODA SI PELUPA
Sungguh cantik sinaran matahari itu, di hujung horizon merentas lautan. Jaluran kekuningan jelas kelihatan di kaki langit, keluar dari balik awan. Seperti ada keajaiban akan berlaku.
Kapal itu terus berlayar maju memecah ombak yang beralunan. Memotong lautan seakan ianya akan terbelah memaparkan isi laut. Kedengaran bunyi keriut kayu di bahagian badan kapal yang sedang teguh menahan pukulan ombak dasyat. Syukur ianya masih kuat menampung anak - anak kapal.
Anak kapal kelihatan sibuk ke sana ke sini melakukan tugas asasinya. Mengikat tali layar, membaiki kebocoran kecil, membersihkan pelantar dan entah apa lagi yang dibuat.  Ini adalah situasi yang biasa diatas kapal ini. Tapi sepertinya ada sesuatu yang janggal disini, anak - anak kapal ini seakan bekerja dalam berkeadaan lesu tanpa matlamat utama. Masing-masing bekerja seperti hilang arah tujuan. Seperti tiada semangat, bekerja untuk hidup. Seperti binatang, tiada matlamat, cuma mengikut lumbrah alami sahaja. Apa yang terjadi pada nahkhoda kapal ? Bukankan dia sepatutnya menaikan semangat dan menentukan matlamat destinasi.
------------------------------------------
Kapal terumbang ambing melayarkan diri di lautan badai, manakala si nakhoda sibuk mengemudi kearah destinasi yang entah ke mana. Kadangkala singgah juga ke beberapa perlabuhan untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih.
"Tuan, sila sediakan 13 tong bekalan air bersih untuk kapal disana. Sebentar lagi crew saya akan datang untuk dibawa ke kapal itu." kata si tukang masak kapal.
"Baiklah, kami akan sediakan. Darimanakah tuan datang ? Sepertinya wajah tuan tidak saya kenali, pastinya tuan orang luar kan?" tuan kedai bertanyakan sahaja.
"Oh kami? Kami bukan orang tempatan disini. Kebanyakkan anak kapal dari kepulauan cahaya, begitu juga saya." balas si tukang masak.
"Oh begitu, jauh jugak tempat asal tuan. Kemanakah tujuan tuan hamba belayar? " kata si tuan kedai sambil mengarahkan pekerja untuk memenuhkan tong air bersih.
"Sebenarnya kami pun tidak mengetahui destinasi kapal seterusnya, sepertinya kami berlayar tanpa tujuan. Kami berlabuh di mana saja yang dikehendaki atas arahan nakhoda. Kalau tuan ingin tahu, nakhoda kami adalah seorang pelupa. "

bersambung..

Jun 20, 2015

Meneroka Alam bentuk

Ada masanya aku bermimpi
Ada masanya tidurku sunyi
Angin luar lembut menyapu muka
Dalam kenyamanan hampirku lena

Ada masanya aku berangan
Ada masanya aku mengembara keseorangan
Aku meneroka dengan bebas
Terus ke dalam langit lepas

Diriku mengelamun keseorangan
Bagai larutnya garam dilautan
Menyerapku masuk ke alam bentuk
Dunia fana hampir tidak nampak

Bentuknya adalah berkayangan
Tanahnya seakan tidak terpijakkan
Adakah aku seorang sini
Siapakah yang pula ku temui tadi

Tiba - tiba dia datang
Dia datang lalu memegang
Direntapnya aku dari terawangan
Ketika aku kehilangan kewarasan

Jiwaku itu seakan penasaran
Adakah ini perubahan tidak bertepian
Bagaimana aku terperangkap dalamnya
Aku ada tapi aku tiada

Mampukah aku kembali lagi ??