Pages

Jun 17, 2012

Kisah Alam


Tidakkah kau perhatikan ciptaanNya,
Fahamkah engkau akan bahasaNya,
Kanvas hijau menyiliputi kegersangan,
Sungai Kabus menyejukkan bara.


Nampakkah engkau akan awan biru,
Dibawahnya kukuh gunung memasak bumi,
Didalamnya terpapar akan kesedihan,
Di antaranya terkandung isi kesakitan.


Sedarkah engkau akan suria,
Dibalik sinarnya wujud kegelapan,
Terangnya sinar namun tidak tercapai,
Oleh insan yang sedang melambai.


                                                                                                                   


Tersingkap dari pengalaman ku bersama saudara mara di kampung halaman,
kisah-kisah yang digambarkan memberi kan isi yang tersirat yang mengajarku akan kesyukuranku
berada di bumi bertuah ini. Memberikan hati damai terdiam dalam aman.

Ianya dihasil dia atas pergunungan berdekatan Berastagi dan ketika itu dipengaruhi dari
salah satu kugiran barat yang digemari dengan lagu 'harap kamu ada disini' yang didendangkannya.




Kapucino di atas bukit, "mai sechewan !!"

No comments: