Pages

Nov 15, 2011

Sufi dan Kehidupan.

Bangunlah dengan pantas, 
           Teruskan melalui jalan yang tidak dikenali…”    Rumi.
    
     Seperti mana puisi yang tertulis di bawah, ia di ambil dari petikan puisi daripada tokoh sufi yang masyhur dan tersendiri bernama Mawlana Jalalad-Din Mohammed Balkhi atau lebih dikenali ramai sebagai Rumi. Kemasyhuran tokoh ini agak besar hingga menjelajah Eropah dan mempunyai pengikut yang pelbagai terdiri daripada Yahudi, Kristian dan juga seagama dengan beliau iaitu Islam.  Cukuplah pengenalan tentang Rumi, mungkin akan saya lanjutkan pada ulasan yang akan datang.(nanti tak cukup bahan nak tulis dalam blog pulak.. J)
     
     Namun tujuan penulisan ini bukan kepada Rumi , tapi kerana unsur – unsur Sufi yang wujud dalam beliau dan juga tokoh-tokoh sufi yang lain. Ingin tahu apa itu sufi, boleh la wikipediakan. Sufism sendiri diguna pakai begitu meluas kebanyakkan dikalangan para pengkaji dari Eropah yang terdiri daripada golongan yang bukan muslim. Mereka celik dengan kehalusan dan falsafah Sufi, namun mengapa kaum muslim sendiri tidak peka dengan kehebatan yang mereka ada dan lebih gemar bertekak sesama sendiri tentang pegangan masing-masing hingga lupa yang mereka semua sujud pada yang Satu. Tepuk dada tanya iman, nilailah dengan pandangan masing-masing yang penting tujuan adalah sama.
       
    Tapi tanpa kita sedar unsur – unsur Sufi telah pun tersejat dalam kebanyakkan lagu yang berkumandang dalam corong – corong radio. Malahan ada di antara lagu – lagu ini telah pun terkenal dan digemari ramai. Nukilan sufi yang ada pada lagu-lagu  Spider, M.nasir, Dramasutra dan kumpulan rock Indonesia Dewa 19 serta Padi menjadi pilihan dikalangan peminat musik yang wujud di nusantara. Setiap lagu mesti ada orang penting di belakangnya, begitu juga lagu-lagu ini. Penulis – penulis lirik seperti M.nasir, Loloq dan Ahmad Dhani banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur sufi yang kuat. Malahan Ahmad Dhani juga menamakan ketiga-tiga anaknya mengikut nama tokoh –tokoh sufi.   
         
    Walaupun begitu, ramai dikalangan kita yang tidak sedar menganggap maksud lagu – lagu mereka ini adalah mengenai kasih sayang lelaki dan wanita sedangkan kebanyakannya ditujukan sebagai tanda kasih terhadap Sang Maha Pencipta dan juga mengenangkan tokoh-tokoh sufi ini. Namun tidak ada salahnya untuk menilai atau untuk tangkap lentok mengenangkan awek sambil mendengar lagu-lagu ini kerana bagaimanapun maksud lagu akhirnya ia hanya akan bergantung pada nilai para pendengarnya sendiri.
        
     Saya sendiri mengikuti sajak-sajak sufi, masih baru namun sudah terasa isi pada setiap seni yang ada padanya. Mereka mengatakan sajak Rumi adalah “Kasih Sayang”, tapi saya mengatakan Rumi adalah mengenai “Kehidupan”.


Mawlana Jalalad-Din Mohammed Balkhi (Rumi)


2 comments:

  1. terbaik! rajin ang menulis. mungkin lepas ni boleh tulis pasal "Sufi dan Muzik". sufi pun terkenal dengan muziknya..

    ReplyDelete
  2. Tenkiu2... ikut ati nk tulis banyak lagi. Tapi takut meleret.. mungkin akan dikembangkan dalam tulisan akan datang..

    ReplyDelete