Gollll…!! gooollll….!! Goollll!!
Pengaruh kegilaan permainan ini amatlah besar ke atas
komuniti di seluruh dunia. Keterujaan yang timbul di sebalik gemuruh jaringan
bola ke dalam gawang menjadi penantian buat Sang Pemekik. Detik –detik cemas
pabila bola mendekati gawang sendiri amatlah menakutkan, lebih dari cerita
hantu. Begitulah ceritanya di balik kedai mamak yang aku singgah semalam. Tanpa
sedar ramai manusia seperti mana aku menjadi serigala jadian mengaum gembira
menyokong kemenangan semalam. Rakyat Malaysia bersatu padu dengan satu tujuan
semalam, seolah-olah setiap sorang akan dihadiahkan RM10,000.00 ke dalam bank
untuk kemenangan itu. Taktik, teknik dan cara bermain menjadi teguran yang
ditujukan kepada peti televisen, “kenapa tak tendang”, “awat pi buang bola
camtu ja”, seolah-olah mereka dengar apa yang dikatakan. Permain yang hambar
menjadi cemuhan dan mula menjadi kambing hitam. Tapi bukan itulah yang menjadi pertikaian
dalam ketika ini, yang penting kisah di sebalik itu.
Ironinya ketika
waktu budak-budak dulu, aku x minat bola pun. Fikiran aku menggambarkan bola
sepak hanya sekadar bawak bola ke pintu gol tendang masuk. Apa yang menarik
sangat tentang tu, 11 orang sanggup berentap , berpenat lelah untuk mendapatkan
satu bola. Beli lah kat kedai kan banyak. Haha.. Sekarang aku mula tersedar,
aku mula semangat dan ghairah bila bermain. Walaupun aku nie tidaklah pandai
sangat bermain bola sepak, perlawanan EPL pun aku tak layan sangat. Tak kesah
lah, janji motif di sebalik bola tu kita nampak, kita jelas dengannya. Semangat
tu yang kita nak dan cara kita menari ketika membawa bola, jaringan penamat,
teknik-teknik yang dipelajari dan yang paling asas sekali bagi aku, kerjasama
serta persefahaman dalam pasukan. Semua ini menjadi kunci dalam mengatur
kehidupan, dalam menjadikan kerja-kerja seharian lebih tersusun dan berseni.
Susah nak faham semua nie, tapi bila nak mengalaminya baru kita akan faham.
Biar kita buka
terowong masa sekejap, melihat sejarah bola sepak dahulu. Wikipedia mengatakan
bola bermula dari zaman purba Greek dan Rom dahulu , kepala orang yang dipenggal
ketika bercukur dijadikan bola untuk disepak ke sana kemari. Pernah juga dari
khabar yang berangin mengatakan bola sepak bermula dari pada meraikan kemenangan ke atas
tentera islam dahulu. Tapi tak kesahlah , belum ada kesahihannya yang penting
niat kita tu. Kata Imam Al Ghazali , “..masa silam adalah yang paling jauh dari
kita, yang paling dekat adalah mati..”. Teruja melihat bola semalam , teringat
pula aku akan Edson Arantes do Nascimento @ Pele. Tokoh inilah yang menjadi
bukti kekuasaan bola sepak. Pernah jadi satu kejadian di mana ketika Pele
bermain untuk Santos untuk permainan persahabatan, peperangan yang terjadi di
Nigeria berhenti untuk seketika untuk melihat perlawanan itu. Cuba kita
bayangkan pengaruh sukan ini, dendam kesumat sanggup kita tangguh sekejap untuk
menonton bola sepak sekejap.
Ucapan tahniah yang iklas dan bersungguh di
tujukan buat permain bola sepak Malaysia ke sukan sea ke 26. Nampak jelas perit dan kerja keras permain
semalam.Itu yang kita mahu. Bukan sekadar bermain tapi berbakti atas nama
negara bukan individu. Detik-detik debaran dan dramatik semalam agak payah
untuk dilupakan. Sorakan seluruh penghuni di kedai mamak itu amat membakar
semangat, belum lagi bila di stadium. Entah apa pulak jadinya. Walaupun ini sekadar mendapatkan 1 pingat emas, sebenarnya besar maknanya. Sekarang pasukan
bola sepak Malaysia menjadi pasukan terkuat di Asia Tenggara. Macam mana akan
datang yee..