Pages

Dec 21, 2011

say "YES" quickly


Say Yes Quickly
Forget your life. Say God is Great. Get up.
You think you know what time it is. It's time to pray.
You've carved so many little figurines, too many.
Don't knock on any random door like a beggar.
Reach your long hands out to another door, beyond where
you go on the street, the street
where everyone says, "How are you?"
and no one says How aren't you?


Tomorrow you'll see what you've broken and torn tonight,
thrashing in the dark. Inside you
there's an artist you don't know about.
He's not interested in how things look different in moonlight.


If you are here unfaithfully with us,
you're causing terrible damage.
If you've opened your loving to God's love,
you're helping people you don't know
and have never seen.


Is what I say true? Say Yes quickly,
if you know, if you've known it
from before the beginning of the universe....

~> Mewlana Jalaluddin Rumi

by Fix Dervish

Nov 21, 2011

Bola yang Satu..



 Gollll…!!  gooollll….!!  Goollll!!

   Pengaruh kegilaan permainan ini amatlah besar ke atas komuniti di seluruh dunia. Keterujaan yang timbul di sebalik gemuruh jaringan bola ke dalam gawang menjadi penantian buat Sang Pemekik. Detik –detik cemas pabila bola mendekati gawang sendiri amatlah menakutkan, lebih dari cerita hantu. Begitulah ceritanya di balik kedai mamak yang aku singgah semalam. Tanpa sedar ramai manusia seperti mana aku menjadi serigala jadian mengaum gembira menyokong kemenangan semalam. Rakyat Malaysia bersatu padu dengan satu tujuan semalam, seolah-olah setiap sorang akan dihadiahkan RM10,000.00 ke dalam bank untuk kemenangan itu. Taktik, teknik dan cara bermain menjadi teguran yang ditujukan kepada peti televisen, “kenapa tak tendang”, “awat pi buang bola camtu ja”, seolah-olah mereka dengar apa yang dikatakan. Permain yang hambar menjadi cemuhan dan mula menjadi kambing hitam. Tapi bukan itulah yang menjadi pertikaian dalam ketika ini, yang penting kisah di sebalik itu.
    
    Ironinya ketika waktu budak-budak dulu, aku x minat bola pun. Fikiran aku menggambarkan bola sepak hanya sekadar bawak bola ke pintu gol tendang masuk. Apa yang menarik sangat tentang tu, 11 orang sanggup berentap , berpenat lelah untuk mendapatkan satu bola. Beli lah kat kedai kan banyak. Haha.. Sekarang aku mula tersedar, aku mula semangat dan ghairah bila bermain. Walaupun aku nie tidaklah pandai sangat bermain bola sepak, perlawanan EPL pun aku tak layan sangat. Tak kesah lah, janji motif di sebalik bola tu kita nampak, kita jelas dengannya. Semangat tu yang kita nak dan cara kita menari ketika membawa bola, jaringan penamat, teknik-teknik yang dipelajari dan yang paling asas sekali bagi aku, kerjasama serta persefahaman dalam pasukan. Semua ini menjadi kunci dalam mengatur kehidupan, dalam menjadikan kerja-kerja seharian lebih tersusun dan berseni. Susah nak faham semua nie, tapi bila nak mengalaminya baru kita akan faham.
     


    Biar kita buka terowong masa sekejap, melihat sejarah bola sepak dahulu. Wikipedia mengatakan bola bermula dari zaman purba Greek dan Rom dahulu , kepala orang yang dipenggal ketika bercukur dijadikan bola untuk disepak ke sana kemari. Pernah juga dari khabar yang berangin mengatakan bola sepak  bermula dari pada meraikan kemenangan ke atas tentera islam dahulu. Tapi tak kesahlah , belum ada kesahihannya yang penting niat kita tu. Kata Imam Al Ghazali , “..masa silam adalah yang paling jauh dari kita, yang paling dekat adalah mati..”. Teruja melihat bola semalam , teringat pula aku akan Edson Arantes do Nascimento  @ Pele. Tokoh inilah yang menjadi bukti kekuasaan bola sepak. Pernah jadi satu kejadian di mana ketika Pele bermain untuk Santos untuk permainan persahabatan, peperangan yang terjadi di Nigeria berhenti untuk seketika untuk melihat perlawanan itu. Cuba kita bayangkan pengaruh sukan ini, dendam kesumat sanggup kita tangguh sekejap untuk menonton bola sepak sekejap.  


    
    Ucapan tahniah yang iklas dan bersungguh di tujukan buat permain bola sepak Malaysia ke sukan sea ke 26. Nampak jelas perit dan kerja keras permain semalam.Itu yang kita mahu. Bukan sekadar bermain tapi berbakti atas nama negara bukan individu. Detik-detik debaran dan dramatik semalam agak payah untuk dilupakan. Sorakan seluruh penghuni di kedai mamak itu amat membakar semangat, belum lagi bila di stadium. Entah apa pulak jadinya. Walaupun ini sekadar mendapatkan 1 pingat emas, sebenarnya besar maknanya. Sekarang pasukan bola sepak Malaysia menjadi pasukan terkuat di Asia Tenggara. Macam mana akan datang yee..




Nov 15, 2011

Sufi dan Kehidupan.

Bangunlah dengan pantas, 
           Teruskan melalui jalan yang tidak dikenali…”    Rumi.
    
     Seperti mana puisi yang tertulis di bawah, ia di ambil dari petikan puisi daripada tokoh sufi yang masyhur dan tersendiri bernama Mawlana Jalalad-Din Mohammed Balkhi atau lebih dikenali ramai sebagai Rumi. Kemasyhuran tokoh ini agak besar hingga menjelajah Eropah dan mempunyai pengikut yang pelbagai terdiri daripada Yahudi, Kristian dan juga seagama dengan beliau iaitu Islam.  Cukuplah pengenalan tentang Rumi, mungkin akan saya lanjutkan pada ulasan yang akan datang.(nanti tak cukup bahan nak tulis dalam blog pulak.. J)
     
     Namun tujuan penulisan ini bukan kepada Rumi , tapi kerana unsur – unsur Sufi yang wujud dalam beliau dan juga tokoh-tokoh sufi yang lain. Ingin tahu apa itu sufi, boleh la wikipediakan. Sufism sendiri diguna pakai begitu meluas kebanyakkan dikalangan para pengkaji dari Eropah yang terdiri daripada golongan yang bukan muslim. Mereka celik dengan kehalusan dan falsafah Sufi, namun mengapa kaum muslim sendiri tidak peka dengan kehebatan yang mereka ada dan lebih gemar bertekak sesama sendiri tentang pegangan masing-masing hingga lupa yang mereka semua sujud pada yang Satu. Tepuk dada tanya iman, nilailah dengan pandangan masing-masing yang penting tujuan adalah sama.
       
    Tapi tanpa kita sedar unsur – unsur Sufi telah pun tersejat dalam kebanyakkan lagu yang berkumandang dalam corong – corong radio. Malahan ada di antara lagu – lagu ini telah pun terkenal dan digemari ramai. Nukilan sufi yang ada pada lagu-lagu  Spider, M.nasir, Dramasutra dan kumpulan rock Indonesia Dewa 19 serta Padi menjadi pilihan dikalangan peminat musik yang wujud di nusantara. Setiap lagu mesti ada orang penting di belakangnya, begitu juga lagu-lagu ini. Penulis – penulis lirik seperti M.nasir, Loloq dan Ahmad Dhani banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur sufi yang kuat. Malahan Ahmad Dhani juga menamakan ketiga-tiga anaknya mengikut nama tokoh –tokoh sufi.   
         
    Walaupun begitu, ramai dikalangan kita yang tidak sedar menganggap maksud lagu – lagu mereka ini adalah mengenai kasih sayang lelaki dan wanita sedangkan kebanyakannya ditujukan sebagai tanda kasih terhadap Sang Maha Pencipta dan juga mengenangkan tokoh-tokoh sufi ini. Namun tidak ada salahnya untuk menilai atau untuk tangkap lentok mengenangkan awek sambil mendengar lagu-lagu ini kerana bagaimanapun maksud lagu akhirnya ia hanya akan bergantung pada nilai para pendengarnya sendiri.
        
     Saya sendiri mengikuti sajak-sajak sufi, masih baru namun sudah terasa isi pada setiap seni yang ada padanya. Mereka mengatakan sajak Rumi adalah “Kasih Sayang”, tapi saya mengatakan Rumi adalah mengenai “Kehidupan”.


Mawlana Jalalad-Din Mohammed Balkhi (Rumi)


Oct 31, 2011

SANTAPAN ROHANI


A Guesthouse

This being human is a guesthouse.
Every morning a new arrival.

A joy, a depression, a meanness,
some momentary awareness comes
as an unexpected visitor.
Welcome and entertain them all!
Even if they're a crowd of sorrows,
who violently sweep your house
empty of its furniture,
still, treat each guest honorably.
He may be clearing you out
for some new delight . . .
Be grateful for whoever comes,
because each has been sent
as a guide from beyond.

~Rumi


Oct 5, 2011

attention!! attention!!

Semuanya bermula disini.....