Pink Floyd Discovery Boxset,"Penemuan" yang dinanti.
Baru saja menerima barang hangat minggu lepas, hasil daripada pembelian melalui Facebook. Setelah 6 tahun menunggu sejak mula dirilis semula pada 26 September 2011 melalui Kempen Why Pink Floyd...?. Walaupun terlambat "Penemuan" ini adalah antara habuan terbaik bagi tahun 2016.
Sememangnya pembelian terus kepada individu melalui internet ini agak baru bagi aku, tambahan pula sekiranya individu tersebut belum dikenali potensi kejujuran dan mesra pembeli. Memerlukan sedikit masa untuk selidik kaedah jualan dan jaminan mereka. Melainkan sekiranya pembelian langsung kepada hos seperti Amazon yang lebih terjamin. (tapi lambat gila barang nak sampai)
Berbalik kepada "Penemuan" ini, memang memerlukan banyak penelitian yang perlu dilakukan supaya produk yang aku terima ini adalah tulen. Proses kenal pasti menjadi lebih sukar kerana pembelian hanya dilakukan melalui perbualan dalam Facebook Messenger. Tambahan bukti-bukti ketulenan cuma boleh disahkan hanya melalui gambar. Kalau dibandingkan dengan kaedah COD atau langsung ke kedai, semestinya pembelekan akan dilakukan dengan serta merta. Apa yang boleh aku buat adalah dengan menyemak semula segala perincian terbitan keluaran dimana ianya seharusnya sama dengan perincian pada produk rasmi Pink Floyd.
Pink Floyd : Discovery ini adalah kumpulan 14 album lengkap kumpulan Pink Floyd termasuk More, Ummagumma dan Obscured by Clouds. Sebelum rilisnya album ke 15, The Endless River selepas 3 tahun. Boxset ini adalah keluaran U.S. Produk ini bukan baru dan telah diguna, tapi masih bagus seperti baru. Setelah diteliti puas, segala kelihatan sepertinya tulen. Lazimnya keluaran China kelihatan jelas kurang kualiti fisikalnya.Kualiti bunyi pula memang memuaskan. Bahkan kalau ada produk tiruan seperti ini, ianya berjaya meniru produk tulen bulat-bulat.
Kaedah mengenal pasti ketulenan boxset:-
(boxset diatas adalah keluaran U.K, perincian hampir sama)
atau
boleh semak dibawah untuk mengenal pasti ciri-ciri keluaran Pink Floyd yang rasmi
Aku dont mind beli 2nd hand product asalkan genuine. terutama produk2 Roxette. kalau barang tipu, aku akan beli jugak tetapi iaitu live bootlegs yang packaging dia cun, dan jugak Russia punye pirates buat ciplak album2 rock tetapi mereka berusaha lebih untuk cuba samakan dengan produk Jepun tapi siap nasik tambah. jadi, kesimpulannye aku akan beli barang 2nd jika ori, dan barang ciplak kalau bungkusan dia lagi istimewa dari keluaran ori.
Kena buat listening party dengan abang Din..
ReplyDeleteYup... Baru la dapat lesen nk duk sembang dengan abg din... Huhu
DeleteTerbaik ni.puas hati dpt boxset mcm ni
ReplyDeleteTrimas rafi..
DeleteBukan selalu dapat kepuasan mcm nie, syukur la.... Boxset raya
Berapa harga box set ni tuan?
ReplyDeleteMemang rare item ni..
Senang2 singgahlah blog Yusrina pulak yer awak.
http://albumretro.blogspot.my/
TQ
Selamat datang yusrina ke blog nie.. Terima kasih atas jemputan...
DeletePenjual mcm brcdang nak clear collection yg dia ada... Selain pink floyd, ada lg boxset2 yg lain...
Boleh rujuk di sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208339286552461&id=1613502030
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku dont mind beli 2nd hand product asalkan genuine.
ReplyDeleteterutama produk2 Roxette.
kalau barang tipu, aku akan beli jugak tetapi iaitu live bootlegs yang packaging dia cun, dan jugak Russia punye pirates buat ciplak album2 rock tetapi mereka berusaha lebih untuk cuba samakan dengan produk Jepun tapi siap nasik tambah.
jadi,
kesimpulannye aku akan beli barang 2nd jika ori, dan barang ciplak kalau bungkusan dia lagi istimewa dari keluaran ori.
Wow.. menarik, barang 2nd hand nie klu pandai cari bley kena jackpot..
ReplyDeletetq for sharing deaf-angel
tahniah bro, untung dan puas hati lah dapat yg ori ni. Pink Floyd tu!
ReplyDelete