Pages

Jun 25, 2015

NAKHODA SI PELUPA
Sungguh cantik sinaran matahari itu, di hujung horizon merentas lautan. Jaluran kekuningan jelas kelihatan di kaki langit, keluar dari balik awan. Seperti ada keajaiban akan berlaku.
Kapal itu terus berlayar maju memecah ombak yang beralunan. Memotong lautan seakan ianya akan terbelah memaparkan isi laut. Kedengaran bunyi keriut kayu di bahagian badan kapal yang sedang teguh menahan pukulan ombak dasyat. Syukur ianya masih kuat menampung anak - anak kapal.
Anak kapal kelihatan sibuk ke sana ke sini melakukan tugas asasinya. Mengikat tali layar, membaiki kebocoran kecil, membersihkan pelantar dan entah apa lagi yang dibuat.  Ini adalah situasi yang biasa diatas kapal ini. Tapi sepertinya ada sesuatu yang janggal disini, anak - anak kapal ini seakan bekerja dalam berkeadaan lesu tanpa matlamat utama. Masing-masing bekerja seperti hilang arah tujuan. Seperti tiada semangat, bekerja untuk hidup. Seperti binatang, tiada matlamat, cuma mengikut lumbrah alami sahaja. Apa yang terjadi pada nahkhoda kapal ? Bukankan dia sepatutnya menaikan semangat dan menentukan matlamat destinasi.
------------------------------------------
Kapal terumbang ambing melayarkan diri di lautan badai, manakala si nakhoda sibuk mengemudi kearah destinasi yang entah ke mana. Kadangkala singgah juga ke beberapa perlabuhan untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih.
"Tuan, sila sediakan 13 tong bekalan air bersih untuk kapal disana. Sebentar lagi crew saya akan datang untuk dibawa ke kapal itu." kata si tukang masak kapal.
"Baiklah, kami akan sediakan. Darimanakah tuan datang ? Sepertinya wajah tuan tidak saya kenali, pastinya tuan orang luar kan?" tuan kedai bertanyakan sahaja.
"Oh kami? Kami bukan orang tempatan disini. Kebanyakkan anak kapal dari kepulauan cahaya, begitu juga saya." balas si tukang masak.
"Oh begitu, jauh jugak tempat asal tuan. Kemanakah tujuan tuan hamba belayar? " kata si tuan kedai sambil mengarahkan pekerja untuk memenuhkan tong air bersih.
"Sebenarnya kami pun tidak mengetahui destinasi kapal seterusnya, sepertinya kami berlayar tanpa tujuan. Kami berlabuh di mana saja yang dikehendaki atas arahan nakhoda. Kalau tuan ingin tahu, nakhoda kami adalah seorang pelupa. "

bersambung..

Jun 20, 2015

Meneroka Alam bentuk

Ada masanya aku bermimpi
Ada masanya tidurku sunyi
Angin luar lembut menyapu muka
Dalam kenyamanan hampirku lena

Ada masanya aku berangan
Ada masanya aku mengembara keseorangan
Aku meneroka dengan bebas
Terus ke dalam langit lepas

Diriku mengelamun keseorangan
Bagai larutnya garam dilautan
Menyerapku masuk ke alam bentuk
Dunia fana hampir tidak nampak

Bentuknya adalah berkayangan
Tanahnya seakan tidak terpijakkan
Adakah aku seorang sini
Siapakah yang pula ku temui tadi

Tiba - tiba dia datang
Dia datang lalu memegang
Direntapnya aku dari terawangan
Ketika aku kehilangan kewarasan

Jiwaku itu seakan penasaran
Adakah ini perubahan tidak bertepian
Bagaimana aku terperangkap dalamnya
Aku ada tapi aku tiada

Mampukah aku kembali lagi ??