Pages

Jun 17, 2016

Pink Floyd Discovery Boxset,"Penemuan" yang dinanti.

Baru saja menerima barang hangat minggu lepas, hasil daripada pembelian melalui Facebook. Setelah 6 tahun menunggu sejak mula dirilis semula pada 26 September 2011 melalui Kempen Why Pink Floyd...?. Walaupun terlambat "Penemuan" ini adalah antara habuan terbaik bagi tahun 2016.

Pink Floyd : Discovery Boxset
Sememangnya pembelian terus kepada individu melalui internet ini agak baru bagi aku, tambahan pula sekiranya individu tersebut belum dikenali potensi kejujuran dan mesra pembeli. Memerlukan sedikit masa untuk selidik kaedah jualan dan jaminan mereka. Melainkan sekiranya pembelian langsung kepada hos seperti Amazon yang lebih terjamin. (tapi lambat gila barang nak sampai)

Berbalik kepada "Penemuan" ini, memang memerlukan banyak penelitian yang perlu dilakukan supaya produk yang aku terima ini adalah tulen. Proses kenal pasti menjadi lebih sukar kerana pembelian hanya dilakukan melalui perbualan dalam Facebook Messenger. Tambahan bukti-bukti ketulenan cuma boleh disahkan hanya melalui gambar. Kalau dibandingkan dengan kaedah COD atau langsung ke kedai, semestinya pembelekan akan dilakukan dengan serta merta. Apa yang boleh aku buat adalah dengan menyemak semula segala perincian terbitan keluaran dimana ianya seharusnya sama dengan perincian pada produk rasmi Pink Floyd.

  


Perincian terbitan pada belakang kotak.
60 muka surat santapan mata dan minda oleh
Storm Thorgerson
 
Isi kandungan buku.

Label pada belakang album.
Kod identifikasi DIDP & DIDX 

Pink Floyd : Discovery ini adalah kumpulan 14 album lengkap kumpulan Pink Floyd termasuk More, Ummagumma dan Obscured by Clouds. Sebelum rilisnya album ke 15, The Endless River selepas 3 tahun. Boxset ini adalah keluaran U.S. Produk ini bukan baru dan telah diguna, tapi masih bagus seperti baru. Setelah diteliti puas, segala kelihatan sepertinya tulen. Lazimnya keluaran China kelihatan jelas kurang kualiti fisikalnya.Kualiti bunyi pula memang memuaskan. Bahkan kalau ada produk tiruan seperti ini, ianya berjaya meniru produk tulen bulat-bulat.

  Kaedah mengenal pasti ketulenan boxset:-

 

(boxset diatas adalah keluaran U.K, perincian hampir sama)

atau
 boleh semak dibawah untuk mengenal pasti ciri-ciri keluaran Pink Floyd yang rasmi

Terima Kasih Kepada Penjual

P.s: Sedang menantikan A Moon Shaped Pool