Pages

Dec 7, 2011

Folk Nusantara


HhmmmMMmmm… dah lama nk tulis post nie, tapi kena fikir dulu. Takut kena marah.  Bukan senang nk keluarkan pendapat yang tulus dan jujur , sama ada ia yang benar atau tidak benar. Tidak semua boleh terima. Tapi aku boleh pedulikan, kerana bukan ada orang nak baca..huhu.
    Mungkin ramai makhluk manusia yang akan memarahi aku terdiri daripada fanatik kuat folk Eropah seperti Neil Young, Bob Dylan. Aku sendiri suka folk dan country, selain metal dan rock. Kemarahan akan di tambah lagi bagi para penyokong kuat tempatan yang menyokong kuat Malaysia dalam perlawanan bola haritu. Bukan main dihampuknya. Aku bukan tidak patriotik, tapi ini kerana kecenderungan aku yang suka meneroka suma benda, lalu aku kongsikan pendapat. Kita belajar dari yang terbaik, untuk menjadi terbaik. Jika di Malaysia ada yang terbaik, pun bagus jugak.
    Aku mulai teringat brother nie pabila mendengar lagu artis kegemaran aku, Yusuf Islam. Lenggok nyanyian, alunan suara dan petikan gitarnya segimik. Walaupun dari segi bahasa dan rohnya tidak sama tapi berpadanan. Mesej yang nak disampaikan adalah hampir sama. Alam dan suasana kehidupan yang peka, teliti serta halus.
 Ebiet G. Ade
        Artis ini adalah  Ebiet G. Ade, berkelahiran Indonesia, Jawa Tengah.  Ebiet terkenal kerana lagu-lagunya yang bertemakan alam sekitar dan penderitaan golongan tersisih. Dengan lagu-lagunya yang ber-genre balada, pada awal kerjayanya, beliau 'memotret' suasana kehidupan Indonesia dari akhir tahun 1970-an hingga sekarang. Tema lagunya beragam, tidak hanya tentang cinta, tetap ada juga lagu-lagu bertemakan alam, sosio-politik, bencana, agama, keluarga. Sentuhan musiknya sempat mendorong pembaruan pada dunia musik pop Indonesia. Semua lagu ditulisnya sendiri, ia tidak pernah menyanyikan lagu yang diciptakan orang lain, kecuali lagu Mengarungi Keberkahan Tuhan yang ditulis bersama dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
         
Kita perdengarkan sedikit bingkisan dari seorang yang berjiwa besar.


1. Cinta Sebening Embun


2. Ebiet G. Ade ft M.Nasir - Berita Kepada Kawan 


2. Kupu- kupu kertas

 4. Camelia 2



2 comments:

Kaboi Tanduk said...

Neil Armstrong ka Louis Armstrong? hehe..

Fix Dervish said...

haha...dia 'muda' lagi tpi aku smpai ke 'bulan' dah... hak3 sory2